Umpan Dedak




Jika dibandingkan dengan umpan-umpan yang lain, umpan dedak menjadi pilihan terutama kolam yang membataskan penggunaan umpan. Bagi sekitar Semenanjung Malaysia, umpan seumpama ini sangat digemari dan menjadi umpan paling utama ketika menyertai mana-mana pertandingan.
   Kos penyediaan umpan dikatakan agak mahal berbanding umpan-umpan yang lain. Umpama makin mahal makin berbaloi. Kadang-kadang umpan dedak boleh mencecah RM100.00 terutama pengemar-pengemar umpan tersebut.
   Terdapat beberapa jenis dedak yang boleh digunakan bergantung kepada perisa dan ikan sasaran yang diburu. Pengemar-pengemar dedak selalunya lebih suka mencampurkan sekurang-kurangnya 2 jenis dedak untuk kesesuaian kolam.
   Jika dedak yang digunakan terlalu wangi dan menyengat, santapan ikan selalunya tidak menjadi. Begitu juga jika dedak yang dihasilkan terlalu masam atau sangat berbau. Ikan buruan juga sangat cerewet untuk membuka mulut membaham dedak seperti ini apa lagi jika sesebuah kolam yang dibuka setiap hari.
   Ikan juga merasa muak jika umpan dedak tidak diubah resepi dan sering digunakan pada jangka masa yang lama. Umpan dedak ini sering digunakan untuk memburu ikan jenis carp, tongsan dan ikan patin.
   Ikan keli juga dapat dinaikkan menggunakan umpan dedak bergantung kepada campuran-campuran dalam dedak. Dedak yang saya paparkan pada gambar dibawah merupakan antara dedak yang saya sering gunakan untuk menumpaskan ikan keli sekitar 1kg sehingga 3kg. Umpan tersebut dinamakan umpan Dedak KTP (Kaki Tangan Pancing).


DEDAK KTP
Ikan sasaran: Keli
Ikan yang berjaya dinaikkan: Keli, Patin, Baung dan Talapia

Bahan-bahan:

  1. Tepung
  2. Daging ayam
  3. Dedak ayam
  4. Dedak ikan

Cara-cara membuat:
  1. Campurkan tepung, dedak ayam dan dedak ikan.
  2. Tuangkan sedikit air didihan ayam rebus.
  3. Gaulkan campuran sehingga sebati.
  4. Daging ayam yang telah direbus dipotong halus(dadu pun boleh).
  5. Masukkan potongan ayam tersebut kedalam campuran dedak yang sudah sebati.
  6. Gaulkan sekali lagi sehingga rata.
  7. Masukkan kedalam bekas dan umpan Dedak KTP bolrhlah digunapakai.
  8. Dedak KTP lebih berkesan sekiranya diperam selama 3 hari sebelum digunakan.
Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment